BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 27 January 2010

cheating,liar,lion??....huhu ^_^

DITIPU, MENIPU DAN TERTIPU OLEH BF/GF ANDA??!!


Menipu adalah satu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua kan? Betul tak? Siapa yang tak pernah menipu? Memang tipu la kalau korang tak pernah menipu, kan kan kan? Tapi camne pula kalau korang yang ditipu? Kalau setakat biase je takpe la, ini tak, BF korang yang tipu korang. Orang yang korang rasa korang boleh percaya dan tempat korang luahkan perasaan tulah yang tipu korang. Adoi, ni memang tak boleh setel ni.

Actually, ada banyak jenis menipu. Tipu sunat pun ada tau,tipu kunun xmau saketkn ati org tipu ni boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu, contoh untuk jaga hubungan korang. Contoh tipu sunat, "U, i nak tido kejap eh, letih la, banyak benda i buat hari ni". Pade hal korang tak tidur pun, just nak tengok tv coz ada movie faveret korang. Hahaha, karang bile cakap korang tengok tv, mau die kerja nak sms je. Betul tak? Tak boleh pula nak fokus, so secara tak langsung menjaga hubungan korang.

Tipu lagi satu ialah tipu supaya dapat tackle hati BF/GF korang. Contoh la, korang tengah gaduh pasal lembu ternakan korang berdua kena curi, jadi masing-masing tak nak mengaku salah. So, korang pun mule mengalah dan nak pujuk BF korang. Korang pun ckp, "alar sweet je muke u time marah tadi, uat ag skali, hahah". Pada hal, bukan main buruk lagi time die marah. Lagi satu, masa minta couple macam-macam dia cakap. Kire "sweettalker" la or ayat manis je. Contoh, "Bila u senyum, I rasa beruntung sebab senyuman u memang cantik. I rase I orang paling bertuah sekarang". Pada hal dalam hati, " yes yes, dia cair". Hahahah. Itu contoh la. Get it?


Tipu yang ni pula agak panas sikit la. Tipu ni selalu ada pada awal-awal perhubungan korang. Contoh, diorang akan tipu korang tentang umur dia. Status die samada single atau berpunya. Sebab dia nak tipu mungkin kerana umur dia yang jauh beza dari anda, dan mungkin juga kerana dia sudah ada teman lelaki jadi dia nak pasang anda sebagai teman baru (skandal) Mula la cakap, "I dah lama single, tak pernah terdetik nak bercinta lepas break dulu, bila nampak n berkenalan dengan u, I rase pintu hati i dah terbuka". Hahah. Ayat yang tu paling tak boleh blah if ade guy cakap dkat saya dulu....ehehheee

Tapi camne pula kalau dia kantoi ada skandal or perempuan lain, kompem-kompem macam2 alasan dia akan bagi. Dia cakap guys tu just kawan jerla. Kawan rapat la. Apela, padehal tu "spare part" die. Korang kena pandai menilai la camne nak tau die jujur ke tak. Ok. Alahai tp kan korg jgn risau la sooner or later the truth will be reveal…


Cara nak tangani dari tertipu oleh BF/GF korang ni ada banyak. Tapi antara yang... boleh bagi, cuba selidik BF korang tu. Cuba rapat dengan kawan-kawan si dia. Mungkin ada yang berfikir, kalau kawan tentulah diorang tolong simpan rahsia BF korang tu. Tapi percaya lah, bukan semua orang boleh simpan rahsia kan? Hahahah.




Jadi, gunakan tips ini sebaik mungkin untuk kesan samada si dia jujur ke tak dengan korang? OK. Good Luck.

Jika anda menipu BF anda juga akan merasakan begitu juga kan?? ini adalah resam kehidupan yang mematangkan kan kita...

p/s: wat goes around comes around tho….^_^

Monday, 11 January 2010

hilarious...

dear diary....

hurm nothing much to update its just last weekend on the 10th jan family aku,specifically abah-ku had a fishing tournament which was located at TASIK AMPANG HILIR..and this is 1st time abah-ku participate in the fishing tournament usually he just give 'sedekah' to the owner of the fish pond at alam damai...

the prizes is MYR 20,000!!....

more than 500 fisherman (nelayan ker?? :P) were participate in the tournament...with so much hope and blink blink in the eye my abah hope he can win the prize so he prepared for the tournament a day before kot but unfortunately the's no 'rejeki' for us on that day...(its k abah)

the end story of fishing....


just wanna share 1 funny story told by baby (adik-ku la) during dinner last night...

scene : at the dine table
time : 8.00pm

baby : "kak,nak dengar tak cite kelakar"

me : "huh ape die?"

baby : "kemarin kan ibu, atin ngan org (bhskn dri die org) g bank kat ampang park then nak melintas jalan.. ibu belah kiri sekali,org kat tengah atin paling kanan..kete datang belah kanan so org suruh la atin angkt tgn wat signal yang kitorang nak lalu,then ko tau dia wat ape?"

me : "xtau!"

baby : "org nak gtau la ni, dia mmg angkt tgn tp bg signal cm nak tahan teksi/bas padahal time
tuh kitorang nak melintas ni, time tu plak ade motor menuju ke arah kitorg mmg kompius abes la kan "apehal budak neh thn aku tgh2 jln"(monolog dalaman org bwk moto tuh kot")..

me,ibu,abah : HAHAHAHAHAHHA

me : sengal!(sambil tolak pale dia dush dush)

atin : ( tunduk je dr mule cm nak nanges)

abah :" nt lain kali jgn ko tahan teksi/bas cam ko nak melintas jalan dah r...huhuhu


p/s: arini baby 1st day register kt poli shah alam course electronic engineering.....even kte slalu gado dpt gk ko teruskan cita2 akk yg terkandas di tgh jln ekk...huhu
muahhhx congrats baby!!

Wednesday, 6 January 2010

khabarkan...

dear diary....

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


p/s: cilok dr FB note sum1,it was so sweet isnt it?...